Thursday, August 7, 2014

NEGARA BERTAMADUN : LANGKAH-LANGKAH MENCAPAINYA

Dilampirkan adalah langkah-langkah yang dimana perlu dibuat untuk mencapai status negara maju, bertamadun dan berdaulat: -

  • Bahasa

    1. Melihat Bahasa Melayu menjadi satu-satunya Bahasa Negara, Bahasa Kebangsaan, Bahasa Perbualan, Bahasa Perniagaan, Bahasa Ilmu, Bahasa Pembangunan, Bahasa Peperangan rakyat Malaysia
    2. Melihat Bahasa Melayu digunakan dalam kesemua upacara keagamaan, kitab-kitab suci, dan rumah-rumah ibadat
    3. Melihat tulisan asal Melayu iaitu tulisan Sanskrit dihidupkan semula

  • Bangsa

    1. Melihat rakyat Malaysia dikenali sebagai bangsa Melayu. Pengenalan melalui etnik seperti etnik Melayu, Cina, India, Kadazan, Bajau, Murut, Orang Asli dll perlu dihapuskan.
    2. Menyokong budaya Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak diwajibkan dan dijadikan budaya kebangsaan Malaysia.
    3. Melihat penggunaan nama-nama Melayu, Orang Asli dan Bumiputera Sabah Sarawak menjadi nama-nama kebangsaan dan penolakan ke atas nama-nama yang berbunyi kearaban, kecinaan, keindiaan dan kebaratan.
    4. Menyokong semua rakyat Malaysia dibenarkan menganut apa-apa agama. Ini bermakna etnik Melayu dibenarkan menganut agama selain Islam.
    5. Menyokong aliran Islam Liberal
    6. Melihat ditiadakan agama rasmi negara.
    7. Menyokong diharamkan parti-parti berasaskan keagamaan dan perkauman seperti PAS, UMNO, MCA, MIC, IPF, Hindraf, Hamim sementara parti seperti DAP, Gerakan, PPP perlu diberi amaran kerana terlalu berwajah perkauman.
    8. Melihat penghapusan gelaran Datuk, Tan Sri, Tun.
    9. Menyokong wanita tidak bertudung
    10. Melihat Dharma Melayu iaitu satu dokongan yang mengagungkan nusa dan bangsa menjadi dokongan majoriti tanah air

  • Pendidikan

    1. Melihat Sekolah Aliran Kebangsaan yang moderat, liberal dan sekular menjadi hanya satu-satu sahaja aliran pendidikan yang dibenarkan di Malaysia sementara Sekolah Cina, Sekolah Tamil, Sekolah Agama, Sekolah Antarabangsa tidak dibenarkan sama sekali.
    2. Menyokong sekolah mewajibkan kredit Bahasa Melayu di peringkat PMR
    3. Menyokong sekolah mewajibkan lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM
    4. Menyokong sekolah mewajibkan kredit Bahasa Melayu di peringkat SPM
    5. Menyokong peringkat menengah dipanjangkan ke Tingkatan 7 dimana Tingkatan 1 lebih ditumpukan pembinaan sahsiah diri murid dan skil mereka di dalam sukan, seni dan kemasyarakatan.
    6. Menyokong PMR dipindahkan ke Tingkatan 4 berikutan pembelajaran formal murid hanya bermula di Tingkatan 2.
    7. Menyokong SPM dipindahkan ke Tingkatan 7 berikutan menengah atas bermula di Tingkatan 5.
    8. Melihat IPTS dibubarkan dan IPTA diperbanyakkan.
    9. Menyokong dinaikkan penggredan dan disusahkan kemasukan ke universiti

  • Sistem Pemerintahan

    1. Melihat Ketua Negara dan Ketua Eksekutif Negara adalah individu yang sama yang dikenali sebagai Presiden.
    2. Melihat Ketua Negeri dan Ketua Eksekutif Negeri adalah individu yang sama yang dikenali sebagai Gabenor.
    3. Melihat Ketua Eksekutif Negara dan Ketua Eksekutif Negeri dipisahkan sepenuhnya dari instrumen legislatif.
    4. Melihat Ketua Eksekutif Negara/Negeri dipilih berdasarkan undi popular.
    5. Melihat legislatif diperingkat pusat terbahagi 2 yang dikenali sebagai Dewan Senat dan Dewan Rakyat.
    6. Melihat komposisi Dewan Senat terhad kepada 3 wakil setiap negeri dan dipilih melalui undi popular rakyat.
    7. Melihat rakyat mendapat perwakilan yang seimbang di Dewan Rakyat.
    8. Melihat hanya terdapat satu sistem Mahkamah.
    9. Melihat Majlis Mufti dibubarkan dan fatwa-fatwa dibina dan dibincangkan di dewan legislatif.
    10. Menyokong penghapusan ISA, AUKU, Akta Percetakan dan Penerbitan

  • Rakyat

    1. Menyokong tol dihapuskan
    2. Menyokong utiliti negara seperti elektrik dan air dihakmilik negarakan
    3. Menyokong industri beras negara dihakmilik negarakan
    4. Menyokong Petronas dijadikan sepenuhnya jabatan kerajaan dan pekerjanya dikenali sebagai kakitangan awam
    5. Menyokong levi dan AP terhadap kereta dihapuskan
    6. Menyokong Akta Anti-Monopoli
    7. Melihat tiadanya pekerja asing
    8. Menyokong dinaikkan cukai jalan
    9. Menyokong pengangkutan awam dihakmilik negarakan
    10. Menyokong pengangkutan awam diberikan peruntukan terbesar
    11. Menyokong pembinaan senjata nuklear
    12. Menyokong gaji minima
    13. Menyokong pendidikan percuma sehingga keperingkat universiti
    14. Menyokong diperbanyakkan hospital-hospital awam
    15. Menyokong diperbanyakkan dan dirakyatkan tempat riadah, kompleks sukan dan seni
    16. Menyokong kebebasan bersuara dan berhimpun
    Untuk mencapai negara yang maju dan bertamadun, masyarakatnya harus didik dengan perilaku adil dan saksama. Adil bermaksud tiadanya kezaliman sementara saksama bermaksud semua orang mendapat kehidupan yang sama.
    Adil dan saksama perlu berjalan seiring tanpa merosakkan antara satu sama lain. Di Malaysia pada waktu ini mempunyai percanggahan antara adil dan saksama dimana untuk menjadi saksama, terpaksa berlaku ketidakadilan atau untuk menjadi adil terpaksa berlaku ketidaksamaan.
    Oleh itu langkah-langkah di atas perlu dibuat untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan untuk mencapai taraf negara maju dan bertamadun. Langkah-langkah ini perlu dipaksakan dan dididik kepada masyarakat.

    No comments:

    Post a Comment