Thursday, August 7, 2014

Rukun Negara Malaysia

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 iaitu selepas setahun berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.
Teks Perisytiharan
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak :
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden
Teks Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

No comments:

Post a Comment